Tuesday, December 28, 2010

FROM BANGI TO SEMENYIH

Tajuk macam filem pengembaraan pulak.. Kisahnya Mr. Bee & the gang berganding bahu membantu his friend Rizal berpindah dari Bangi ke rumah barunya di Semenyih.. Me vote rumah baru Rizal di Semenyih tu.. Rumah teres setingkat je tapi kawasan tu calm & cosy.. Rumah tu syiling tinggi macam binaan rumah dulu-dulu.. Kalau rumah syiling tinggi sejuk tau.. Kalau area Shah Alam ada taman camtu harus beli tapi apakan daya jauh sangat tak berdaya la untuk membelinya.. Semenyih ke Shah Alam jauh wooooo.. Minyak + tol + masa = Pengsan..

proses perpindahan bermula..Mr. Bee gaya seorang mandor 8-)


rumah baru Rizal di Semenyih..me like

pada hari yang sama juga Rizal celebrate birthday anak dara sulungnya Husna.. Auntie & Unclenya memang sangat sporting ye..


KAMI GILA TABLET

Ohhhhhh tidak.. Us dilanda demam tablet.. Tablet apakah?Bukan tablet untuk dikunyah tetapi tablet ditangan.. Tablet yang dimaksudkan ialah Galaxy Tab & I-Pad.. Us sedang menimbangkan untuk membeli salah satu tablet diatas tetapi agak rambang mata disitu kerana semua tablet macam gerek seh.. Keputusannya belum ada tetapi di sebabkan Februari next year I-Pad akan keluar siri yang baru nampaknya keputusan memang belum boleh buat.. Sila sabar ye Mr & Mrs Naz..

Galaxy Tab @ I-Pad? Huhuhu.. Kita tunggu next year bila I-Pad new series release baru boleh buat keputusan ye Mr. Bee..